Selamat datang ke blog Belajar Cara Buat Cupcakes!
Disini kami kongsikan pelbagai resipi cupcake & cara membuat cupcake. Anda boleh belajar membuat cupcakes hanya dengan menonton video cara membuat cupcakes yang dipaparkan dalam blog ini. Kami juga akan berkongsi tips & panduan membuat icing cupcakes serta cara dekorasi cupcake dan cara menghias cupcake. Jangan lupa untuk bookmark blog ini supaya anda boleh kembali untuk mendapatkan tips & panduan membuat cupcakes yang terkini! Selamat membuat cupcake!

Resipi Cupcake Coklat - Cara Membuat Cupcake Coklat


Siapa tak suka makan cupcake? Semua orang suka! Dalam video ini, Sarah Carey menunjukkan cara mudah untuk membuat cupcake coklat yang enak & lazat giller dengan hiasan icing putih yang ringkas. Anda boleh cuba membuat Cup cake Coklat ini dirumah hanya dengan menonton video di atas. Anggaran masa penyediaan ialah sekitar 30 minit & 1 jam jika dicampur kerja-kerja membuat hiasan cupcake . Jumlah cupcake coklat yang boleh dihasilkan ialah 12 biji. Berikut ialah resepi Cupcake Coklat ;

Bahan-bahan untuk cupcake coklat ;

3/4 cup unsweetened cocoa powder
3/4 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter, room temperature
1 cup sugar
3 large eggs
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup sour cream
Easy White Icing
Sprinkles (optional)


Bahan-bahan untuk Icing

1 1/2 sticks unsalted butter, softened
1 pound (3 2/3 cups) confectioners' sugar
1 to 2 tablespoons milk (optional)


Cara membuat cupcake coklat ;
1. Sediakan cupcake, panaskan oven hingga suhu 350 degree. Susun kertas cupcake ke dalam bekas tin 12 lubang.
2. Campurkan serbuk koko, tepung, baking powder & garam & pukul hingga sebati dalam 1 bekas; letakkan di tepi.
3. Dalam mixing bowl yang lain, pukul butter & gula hingga sebati & halus. Tambah telur & gaul semula, kemudian campurkan vanila & gaul/pukul sekali lagi hingga sebati & halus.
4. Tambahkan campuran no.2 ke dalam mixing bowl diselang-seli dengan menambah krim masam dan diakhiri dengan campuran no.2 dan gaul dengan menggunakan mixer kelajuan rendah.
5. Campuran no.4 kemudian dituang ke dalam acuan kertas cupcake & penuhkan setakat 3/4 sahaja. Bakar sehingga pencungkil gigi yang diletak ditengah cupcake menjadi bersih bila dikeluarkan; bakar antara 20-25 minit.
6. Sejukkan dalam pan sekadar 5 minit & pindahkan ke rak/meja untuk disejukkan sepenuhnya, kemudian gunakan icing putih & sapukan kepada cupcake. Bolehlah taburkan manisan/biji sprinkles jika suka.

Cara membuat icing cupcake ;
1. Gaul mentega/butter sehingga halus & lembut
2. Campurkan sedikit demi sedikit gula halus & gaul hingga halus. 
Jika ia masih tebal, tambahkan 1 - 2 sudu teh susu dan pukul/gaul hingga halus/lembut.

Selamat mencuba resepi cupcake coklat!
BERITA BAIK!
Dapatkan panduan lengkap Bahasa Malaysia tentang bisnes cupcake & cara buat cupcake di rumah melalui link dibawah.

KLIK SINI ==> WWW.BUATCUPCAKE.COM