Selamat datang ke blog Belajar Cara Buat Cupcakes!
Disini kami kongsikan pelbagai resipi cupcake & cara membuat cupcake. Anda boleh belajar membuat cupcakes hanya dengan menonton video cara membuat cupcakes yang dipaparkan dalam blog ini. Kami juga akan berkongsi tips & panduan membuat icing cupcakes serta cara dekorasi cupcake dan cara menghias cupcake. Jangan lupa untuk bookmark blog ini supaya anda boleh kembali untuk mendapatkan tips & panduan membuat cupcakes yang terkini! Selamat membuat cupcake!

Cara Membuat Cupcake Vanila & Menghias Cup Cake Vanila



Dalam video di atas dipaparkan cara untuk membuat cupcake vanila yang lazat hanya dengan menggunakan resipi cup cake yang ringkas. Juga dipaparkan cara menghias cupcake yang telah siap dibakar dengan menggunakan icing buttercream dan Wilton sprinkles. Berikut ialah resepi cupcake vanila dalam Bahasa Inggeris;

1 cup of sugar
1 1/2 sticks of butter (3/4 of a cup)
1 1/2 cups of self-rising flour
1-2 tablespoons of warm water
1 tsp vanilla extract (or extract of your choice)
3 eggs

Nota - Kalau nak buat cupcake lebih cerah, gunakan 4 biji telur (bukan 3 biji) & boleh juga gunakan pewarna makanan yang anda suka.


Cara membuat cupcake vanila ;

Panaskan oven sehingga suhu 400 degree. Himpunkan semua bahan-bahan masakan. Mulakan dengan mencampur butter & gula & gaul/ayak sehingga menjadi sebati. Kemudian tambah tepung & telur berselang 3 kali; 1/2 cawan tepung & 1 biji telur digaul/ayak hingga sebati/sekata. Tambah air & ekstrak vanila & gaul hingga sebati.

Di waktu ini anda boleh bahagikan sebatian tersebut ke mangkuk yang berlainan & tambah warna jika suka. Masukkan sebatian itu ke dalam 12 bekas cupcake. Jika anda nak guna lebih dari 1 warna, bolehlah letakkan 1 lapisan warna di atas warna lain sehingga sebatian tersebut dihabiskan.

Kemudian bakar pada suhu 400 degree dalam jangkamasa 15 ke 20 minit. Bila dah siap dibakar, hiaskan mengikut idea anda! Jangan lupa, cara membuat dekorasi cupcake adalah terpulang kepada kreativiti anda dan tidak ada cara betul/salah dalam hal ini, yang penting anda berseronok ketika melakukannya! Selamat mencuba!
BERITA BAIK!
Dapatkan VCD panduan lengkap dalam Bahasa Malaysia tentang bisnes & cara buat cupcake di rumah melalui link dibawah.

KLIK SINI ==> WWW.BUATCUPCAKE.COM